Intai-intai Batik Merbok

17:48

Assalamualaikum

Hi semua ! Memandangkan ini merupakan post yang pertama dari extraarts.blogspot.com, kita santai-santai aja ya? Bersedia semua?

Okay. Buat pertama kalinya, extra arts nak mendedahkan tentang sesuatu yang menarik. Dibawakan eksklusif dari negeri jelapang padi iaitu Kedah tau ! Apa yang menarik sangat ni? Entri kali ni extra arts nak memperkenalkan sebuah kilang yang menghasilkan pakaian wajib guru-guru pendidik di Malaysia pada setiap hari Khamis iaitu BATIK MERBOK ! Selama ni kita kenal batik tu sebagai sejenis kain yang bercorak-corak tu saja bukan? Tetapi tak ramai yang tahu dengan lebih mendalam tentang batik ni.

Sebelum tu, extra arts perkenalkan,Batik Merbok ni adalah sebuah syarikat yang tergolong dalam Industri Kecil Sederhana iaitu IKS. Industri Kecil Sederhana(IKS) merupakan industri yang berdaftar di mana masyarakat masing-masing cuba menunjukkan penghasilan kerja yang mampu meningkatkan keupayaan bakat masing-masing dalam bidang tertentu serta meningkatkan ekonomi negara. Batik merupakan salah satu Industri Kecil Sederhana(IKS) yang sangat terkenal di Malaysia pada masa kini. 

Kita singkap sejarah batik ni sikit.. Mengikut sejarah kewujudan batik, orang melayu sebenarnya sudah lama mewarisi kemahiran membatik di Rantau Melayu sejak abad ke 13 Masihi lagi dimana pada ketika itu batik dijadikan cenderamata utama oleh kerajaan Srivijaya kepada Maharaja China semasa dinasti Sung yang memerintah antara tahun 960 Masihi hingga 1279 Masihi.

Namun, batik ni tak ditelan zaman sebabnya sampai ke hari ni kita masih lagi dapat lihat orang Melayu malah kaum-kaum lain di Malaysia juga turut memakai pakaian batik. Yang paling famousnya makcik-makcik dengan kain batiknya lah. Hehehe.

Berbalik kepada Batik Merbok ni. Di Kedah, syarikat Tiga Saujana sdn. Bhd merupakan salah satu syarikat Industri Kecil Sederhana(IKS) yang mempunyai kejayaan besar dalam penghasilan batik di Malaysia. Maksudnya, Batik Merbok ni bernaung di bawah syarikat Tiga Saujana Sdn. Bhd. lah.

Lokasi kilang Batik Merbok ni pulak adalah bertempat di No 5, Jalan Istana Lubuk Kawah, 06000 Jitra, Kedah. Pemilik syarikat Tiga Saujana sdn. Bhd serta produk pengeluaran kilang Batik Merbok ialah Syed Mahmud bin Syed Ibrahim. Siapa orang Kedah tu boleh la pi jenguk-jenguk kilang Batik Merbok ni. Pemilik dia sempoi habaq hang ! Pekerja-pekerja kilang Batik Merbok ni pun sangat mesra dan peramah tau ! Sebabnya, extra arts dah menjejakkan kaki di sana dan tengok sendiri galeri batik sampai la ke cara-cara nak buat batik ni.

Hasil temu-ramah dengan Encik Syed Mahmud, penubuhan Batik Merbok ini telah diilhamkan sebagai satu gagasan idea dalam menterjemahkan matlamat kearah memakmurkan pemakaiannya melalui usaha-usaha pembangunan sosio-ekonomi masyarakat berteraskan kepada industri kraf bagi kawasan Merbok. Penubuhan Batik Merbok, merupakan cetusan idea daripada YB Datuk Seri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia merangkap ADUN Parlimen Merbok. Setakat ini, Kilang Batik Merbok sudah mula beroperasi selama empat tahun.

Okay, seterusnya kita korek-korek lagi latar belakang Batik Merbok ni iaitu objektif penubuhan Batik Merbok dan juga makna di sebalik logo Batik Merbok. 
 
OBJEKTIF

Penubuhan dan pembudayaan Batik Merbok adalah berasaskan kepada tiga objektif iaitu :

1. Bagi mewujudkan satu pusat penyelidikan dan pembangunan Batik Merbok Design Centre (BMDC) yang berperanan untuk membangun dan menghasilkan produk dan reka bentuk batik Merbok secara eksklusif, kreatif, berkualiti serta yang menepati kehendak komersial dan global. 

2. Selaras dengan projek NCER, ia membantu meningkatkan sosio-ekonomi dan pendapatan masyarakat khususnya golongan ibu-ibu tunggal, orang miskin dan orang kurang upaya untuk menyertai projek perintis di bawah kategori industri kampung (cottage industry) secara pengusahaan bengkel batik komersial di mana pengendaliannya oleh BMDC dari aspek pengeluaran dan pemasaran. 

3. Memanfaatkan kewujudan kampus UiTM Kedah di daerah Merbok sebagai perunding utama dalam penyediaan khidmat pakar kepada BMDC bagi memastikan koleksi, motif rekaan, teknik pembuatan dan penghasilan Batik Merbok terus unik, unggul dan memiliki ciri-ciri tersendiri yang menepati cita rasa kontemporari.


LOGO

Haa lepas objektif, kita rungkaikan pulak misteri di sebalik logo Batik Merbok ni. Hehe.



Ni dia Logo Batik Merbok. Unik kan? 



Sedikit penerangan tentang logo Batik Merbok :

Warna COKLAT :
Membawa maksud ketulenan dan kesempurnaan Batik Merbok yang mempunyai ciri-ciri berlainan dengan rekaan corak batik yang lain.

Warna HIJAU :
Melambangkan keharmonian dan kesegaran yang kaya dengan nilai-nilai estetik.


IMEJ SELENDANG:
Melambangkan nilai jati diri yang menjadi teras keperibadian Melayu yang unggul.

AKAR BAKAU:
Melambangkan kesepadanan dengan nilai alam.

Penghasilan logo bagi Batik Merbok Design Centre (BMDC) adalah dicipta untuk menjadi lambang , imej serta konsep yang mewakili organisasi tersebut. BMDC merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan yang seterusnya berperanan untuk membangun dan menghasilkan produk reka bentuk Batik Merbok secara kreatif, kontemporari dan ekslusif yang dipatenkan di bawah lambang tersebut. Rekaan logo Batik Merbok Design Centre (BMDC) dihasilkan sebagai lambang rasmi bagi menjalankan aktiviti perundingan dan penyelidikan Batik Merbok.

Dah habis bab logo, meh extra arts perkenalkan pulak jenis-jenis batik. Wahh bertambah menarik ni !


JENIS-JENIS BATIK

 Seperti yang kita tahu, sememangnya proses penghasilan batik bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran, kecekalan dan ketabahan yang tinggi sepanjang proses penghasilannya. Setibanya team extra arts di kilang Batik Merbok, kami diberikan penjelasan yang lebih terperinci oleh salah seorang pekerja kilang tersebut, Cik Wan Nor Adilah Wan Ismail, graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Design and Textile di UiTM Shah Alam. Menurut akak yang peramah ni, batik yang terdapat di kilang Batik Merbok ialah jenis batik yang menggunakan kaedah batik canting, batik blok serta batik ikat celup.

Kita teliti satu-satu jenis batik ni dulu :

1. Batik Blok
Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna.

Ni adalah contoh batik blok.


2. Batik Canting
Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.

Sneak peak sikit contoh batik canting yang dah siap.


3. Batik Ikat Celup
Kebiasaannya, batik ini paling mudah kerana corak yang dihasilkan bergantung kepada cara ikatan batik itu sahaja. Kebiasannya batik ikat celup menghasilkan corak pada tudung shawl, baju blouse dan sebagainya.



 Ini pulak contoh hasil batik ikat celup pada kemeja T.


Haa faham tak tu? Kalau masih tak boleh nak bayangkan lagi, meh kita tengok proses penghasilan batik pulak. Kat sini nanti baru boleh nampak 'clear' sikit apa yg extra arts dok potpetpotpet kat atas tu.


PROSES PENGHASILAN BATIK CANTING

Masa team extra arts kat kilang Batik Merbok, disebabkan kekangan masa, Cik Wan hanya sempat menunjukkan salah satu teknik pemprosesan batik yang digunakan iaitu teknik mencanting je. Sebelum mengunakan teknik mencanting, bahan yang perlu ada ialah lilin digunakan untuk melukis selepas dicairkan, alat mencanting digunakan untuk melakar corak dengan lilin yang cair serta kain putih (mengikut jenis kain) digunakan dan dimuatkan ke atas pemidang berkaki mengikut saiz tertentu.
Gambar ilustrasi : yang segi empat berkaki tu adalah pemidang berkaki, bekas di atas pemanggang tu pulak adalah dapur cairkan lilin sementara di bahagian bawah gambar adalah alat-alat mencanting.

Dah tengok bahan-bahan yang diperlukan, kita proceed ke cara-cara membuat batik canting. Bawah ni adalah cara-cara untuk membuat batik canting :


1. Kain dimuatkan ke atas pemidang berkaki.

Pada peringkat pertama, jenis kain sama ada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester) dimuatkan ke atas pemidang berkaki dengan seketat yang mungkin. Jika kain di atas pemidang rengang, ia boleh menyebabkan sukar untuk mencanting dengan baik.
 
Pekerja kilang Batik Merbok tengah muatkan kain di atas pemidang berkaki.

Ini adalah permukaan pemidang berkaki yang berpaku. Penghujung kain cucuk kat paku ni la supaya kain x jatuh. Team extra arts pun baru tahu patut lah kalau beli kain kat kedai time nak buat baju raya ke selalu perasan hujung dia ada lubang-lubang. Ni la puncanya. Hehehe.


2. Rekabentuk corak dilakar di atas kain.

Setelah selesai ketatkan kain, mereka akan melakarkan corak di atas kain tersebut dengan menggunakan pensil sebelum mencanting. Motif corak boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain.


Pekerja sedang membuat ukuran untuk melakarkan corak di atas kain.


3. Cairkan lilin di atas dapur.

Seterusnya, pekerja kilang Batik Merbok menggunakan dapur kecil untuk mencairkan lilin. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Mereka terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar. Setelah itu, teknik mencanting akan dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati agar tidak berlaku kesilapan. 



Dapur yang digunakan untuk cairkan lilin.

Bentuk asal ketulan lilin yang masih belum dicairkan.


4. Mencanting batik.
Selepas lilin dicairkan, bermulalah proses mencanting batik iaitu mereka akan melukis atau mencanting cairan lilin ke atas kain tersebut.
 
Contoh mencanting batik menggunakan lilin.

5. Mematikan warna.

Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Kain yang telah siap dicanting akan direndam dalam sodium silicate untuk mematikan warna di atas kain tersebut. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya.
 
6. Proses merendam dan merebus kain.
Setelah siap mematikan warna, kain tersebut akan direndam selama empat jam dan seterusnya akan dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin yang terdapat pada kain tersebut sehingga corak yang dihasilkan jelas terpapar pada kain tersebut.


 Ini adalah bengkel untuk proses merendam dan merebus kain.



Cik Wan menunjukkan tong yang digunakan untuk merendam kain kepada team extra arts.

Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Namun, lebih bagus jika kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya. Setelah siap dijemur, terhasillah batik canting dan boleh disimpan untuk dijual kepada pelanggan. Begitulah proses pembuatan batik canting yang dihasilkan. Sememangnya tidak dinafikan lagi proses penghasilannya sangat rumit namun tidak mustahil jika kita memilih untuk bersabar dalam setiap apa kita hasilkan ye dok?

 Ni ha kawah yang digunakan untuk rebus kain yang siap dicanting.


 Ini pulak bancuhan pewarna untuk mewarnakan kain yang telah dicanting.


 Remazol Dye adalah serbuk pewarna yang akan dibancuh untuk mewarnakan kain.



Alright ! Selesai sudah proses-proses untuk menghasilkan batik canting. Mudah tak? Ke susah? Haaaa tak mudah sebenarnya yee. Kita ni tahu pakai je kan. Sekarang dah tahu cara-cara nak buat batik canting ni, boleh la mula menghargai industri batik yang ada kat Malaysia ni.. Itu la pentingnya untuk kita support Industri Kecil Sederhana (IKS) Batik Merbok ni supaya tak lekang dek zaman..

Dah ada produk iaitu batik ni, bagaimana pulak marketingnya ya? Jom kita intai-intai pulak pasaran Batik Merbok ni di Malaysia..

 
PASARAN BATIK MERBOK DI MALAYSIA

 Batik sebenarnya banyak digunakan di negara Indonesia, namun dengan adanya ilmu serta kreativiti dan inovatif dalam diri, batik telah digabungkan dengan fesyen iaitu dengan menghasilkan textile. Daripada tekstile, boleh wujudkan pelbagai fesyen seperti dress, baju blouse, shawl, seluar, baju kurung dan sebagainya. Kilang Batik Merbok yang membuat penghasilan batik yang berkualiti dengan menggunakan tekstile batik  untuk dijual ni menyediakan pelbagai jenis batik termasuklah pakaian siap seperti jubah batik, baju batik , baju kurung batik,  kain batik dan juga kain pasang yang berharga antara RM70.00 sehingga RM530.00. Harga yang ditawarkan oleh Batik Merbok amat berpatutan dengan kualiti yang dihasilkan tau.



  


 Antara gambar penghasilan produk Batik Merbok. Lawa-lawa sangat !


Selain itu, yang menariknya Batik Merbok juga menghasilkan pelbagai jenis produk lain selain baju iaitu seperti bag, wallet, shawl atau selendang, brooch atau kerongsang batik sampai la ke beg duit syiling kecik-kecik comel tu pun ada. Juling mata team extra arts tengok !

Selendang dari Batik Merbok. 


 Beg batik pun ada.


 Beg-beg yang dihasilkan dalam pelbagai saiz dan corak.


Bantal-bantal bercorak batik ni pun menarik sangat extra arts tengok ! Nampak rare dan eksklusif gitu.


Alhamdulillah itu la sedikit sebanyak informasi dan pengetahuan yang extra arts dapat kongsi hasil daripada lawatan kami ke kilang Batik Merbok di Jitra nun.. Extra arts berharap sangat dengan entri pertama kami ni, extra arts dapat membantu masyarakat agar lebih mudah memahami keadaan sebenar dalam penghasilan batik serta menambah ilmu dan pengetahuan semua terutamanya berkaitan Batik Merbok. 

Last but not least, kita share sikit gambar kenangan extra arts semasa di kilang Batik Merbok yeee.


KENANGAN MANIS KAU DAN AKU.. HEHE


 Gambar kenang-kenangan team extra arts dengan pemilik Batik Merbok iaitu Encik Syed Mahmud yang sangat mesra dan peramah. Pakcik memang sempoi !


 Team extra arts tengah jeling-jeling buku yang diterbitkan khas tentang Batik Merbok.


 Ha yang team extra arts pegang tu adalah contoh batik cop.


 Ni pulak dalam galeri di kilang Batik Merbok. Tengok-tengok baju batik sikit !


Lagi contoh batik cop.


Lastly tadaaaa gambar kami berempat di hadapan galeri Batik Merbok.


Terima kasih kerana sudi membaca !

You Might Also Like

6 comments

  1. This is really amazing, i really like it. Good Job girls.

    ReplyDelete
  2. Nak tnya pernah trima pelajr utk prktikal kn?? ...

    ReplyDelete
  3. Nak tnya pernah trima pelajr utk prktikal kn?? ...

    ReplyDelete
  4. saya nak buat lawatan ke sini la. ada sapa2 yg boleh sy contact. terima kasih. 014-5198103

    ReplyDelete
  5. miss.. i really need your help.
    may i know batik merbok's contact number
    how do i to contact them... could u help me plisss..

    ReplyDelete