Assalamualaikum
Hi semua ! Memandangkan ini merupakan post yang pertama dari extraarts.blogspot.com, kita santai-santai aja ya? Bersedia semua?
Okay. Buat pertama kalinya, extra arts nak mendedahkan tentang sesuatu yang menarik. Dibawakan eksklusif dari negeri jelapang padi iaitu Kedah tau ! Apa yang menarik sangat ni? Entri kali ni extra arts nak memperkenalkan sebuah kilang yang menghasilkan pakaian wajib guru-guru pendidik di Malaysia pada setiap hari Khamis iaitu BATIK MERBOK ! Selama ni kita kenal batik tu sebagai sejenis kain yang bercorak-corak tu saja bukan? Tetapi tak ramai yang tahu dengan lebih mendalam tentang batik ni.
Sebelum tu, extra arts perkenalkan,Batik Merbok ni adalah sebuah syarikat yang tergolong dalam Industri Kecil Sederhana iaitu IKS. Industri Kecil Sederhana(IKS) merupakan industri yang berdaftar di mana masyarakat masing-masing cuba menunjukkan penghasilan kerja yang mampu meningkatkan keupayaan bakat masing-masing dalam bidang tertentu serta meningkatkan ekonomi negara. Batik merupakan salah satu Industri Kecil Sederhana(IKS) yang sangat terkenal di Malaysia pada masa kini.
Kita singkap sejarah batik ni sikit.. Mengikut sejarah kewujudan batik, orang melayu sebenarnya sudah lama mewarisi kemahiran membatik di Rantau Melayu sejak abad ke 13 Masihi lagi dimana pada ketika itu batik dijadikan cenderamata utama oleh kerajaan Srivijaya kepada Maharaja China semasa dinasti Sung yang memerintah antara tahun 960 Masihi hingga 1279 Masihi.
Namun, batik ni tak ditelan zaman sebabnya sampai ke hari ni kita masih lagi dapat lihat orang Melayu malah kaum-kaum lain di Malaysia juga turut memakai pakaian batik. Yang paling famousnya makcik-makcik dengan kain batiknya lah. Hehehe.
Berbalik kepada Batik Merbok ni. Di Kedah, syarikat Tiga Saujana sdn. Bhd merupakan salah satu syarikat Industri Kecil Sederhana(IKS) yang mempunyai kejayaan besar dalam penghasilan batik di Malaysia. Maksudnya, Batik Merbok ni bernaung di bawah syarikat Tiga Saujana Sdn. Bhd. lah.
Lokasi kilang Batik Merbok ni pulak adalah bertempat di No 5, Jalan Istana Lubuk Kawah, 06000 Jitra, Kedah. Pemilik syarikat Tiga Saujana sdn. Bhd serta produk pengeluaran kilang Batik Merbok ialah Syed Mahmud bin Syed Ibrahim. Siapa orang Kedah tu boleh la pi jenguk-jenguk kilang Batik Merbok ni. Pemilik dia sempoi habaq hang ! Pekerja-pekerja kilang Batik Merbok ni pun sangat mesra dan peramah tau ! Sebabnya, extra arts dah menjejakkan kaki di sana dan tengok sendiri galeri batik sampai la ke cara-cara nak buat batik ni.
Hasil temu-ramah dengan Encik Syed Mahmud, penubuhan Batik Merbok ini telah diilhamkan sebagai satu gagasan idea dalam menterjemahkan matlamat kearah memakmurkan pemakaiannya melalui usaha-usaha pembangunan sosio-ekonomi masyarakat berteraskan kepada industri kraf bagi kawasan Merbok. Penubuhan Batik Merbok, merupakan cetusan idea daripada YB Datuk Seri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia merangkap ADUN Parlimen Merbok. Setakat ini, Kilang Batik Merbok sudah mula beroperasi selama empat tahun.
Okay, seterusnya kita korek-korek lagi latar belakang Batik Merbok ni iaitu objektif penubuhan Batik Merbok dan juga makna di sebalik logo Batik Merbok.
OBJEKTIF
Penubuhan dan pembudayaan Batik Merbok adalah berasaskan kepada tiga objektif iaitu :
1. Bagi mewujudkan satu pusat penyelidikan dan pembangunan Batik Merbok Design Centre (BMDC) yang berperanan untuk membangun dan menghasilkan produk dan reka bentuk batik Merbok secara eksklusif, kreatif, berkualiti serta yang menepati kehendak komersial dan global.
2. Selaras dengan projek NCER, ia membantu meningkatkan sosio-ekonomi dan pendapatan masyarakat khususnya golongan ibu-ibu tunggal, orang miskin dan orang kurang upaya untuk menyertai projek perintis di bawah kategori industri kampung (cottage industry) secara pengusahaan bengkel batik komersial di mana pengendaliannya oleh BMDC dari aspek pengeluaran dan pemasaran.
3. Memanfaatkan kewujudan kampus UiTM Kedah di daerah Merbok sebagai perunding utama dalam penyediaan khidmat pakar kepada BMDC bagi memastikan koleksi, motif rekaan, teknik pembuatan dan penghasilan Batik Merbok terus unik, unggul dan memiliki ciri-ciri tersendiri yang menepati cita rasa kontemporari.
LOGO
Haa lepas objektif, kita rungkaikan pulak misteri di sebalik logo Batik Merbok ni. Hehe.
Ni dia Logo Batik Merbok. Unik kan?
Sedikit penerangan tentang logo Batik Merbok :
Warna COKLAT :
Membawa maksud ketulenan dan kesempurnaan
Batik Merbok yang mempunyai ciri-ciri berlainan dengan rekaan corak batik yang
lain.
Warna HIJAU
:
Melambangkan keharmonian dan kesegaran yang
kaya dengan nilai-nilai estetik.
IMEJ
SELENDANG:
Melambangkan nilai jati diri yang menjadi
teras keperibadian Melayu yang unggul.
AKAR
BAKAU:
Melambangkan kesepadanan dengan nilai alam.
Penghasilan
logo bagi Batik Merbok Design Centre (BMDC) adalah dicipta untuk menjadi lambang , imej
serta konsep yang mewakili organisasi tersebut. BMDC merupakan pusat
penyelidikan dan pembangunan yang seterusnya berperanan untuk membangun dan
menghasilkan produk reka bentuk Batik Merbok secara kreatif, kontemporari dan
ekslusif yang dipatenkan di bawah lambang tersebut. Rekaan logo Batik Merbok
Design Centre (BMDC) dihasilkan sebagai lambang rasmi bagi menjalankan aktiviti perundingan dan
penyelidikan Batik Merbok.
Dah habis bab logo, meh extra arts perkenalkan pulak jenis-jenis batik. Wahh bertambah menarik ni !
JENIS-JENIS BATIK
Seperti yang kita tahu, sememangnya proses penghasilan batik bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran, kecekalan dan ketabahan yang tinggi sepanjang proses penghasilannya. Setibanya team extra arts di kilang Batik Merbok, kami diberikan penjelasan yang lebih terperinci oleh salah seorang pekerja kilang tersebut, Cik Wan Nor Adilah Wan Ismail, graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Design and Textile di UiTM Shah Alam. Menurut akak yang peramah ni, batik yang terdapat di kilang Batik Merbok ialah jenis batik yang menggunakan kaedah batik canting, batik blok serta batik ikat celup.
Kita teliti satu-satu jenis batik ni dulu :
1. Batik Blok
Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap
atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan
tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan
lilin dan penerapan warna.
Ni adalah contoh batik blok.
2. Batik Canting
Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting.
Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan
sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak
geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan
semasa.
Sneak peak sikit contoh batik canting yang dah siap.
3. Batik Ikat Celup
Kebiasaannya, batik ini paling mudah kerana
corak yang dihasilkan bergantung kepada cara ikatan batik itu sahaja.
Kebiasannya batik ikat celup menghasilkan corak pada tudung shawl, baju blouse
dan sebagainya.
Ini pulak contoh hasil batik ikat celup pada kemeja T.
Haa
faham tak tu? Kalau masih tak boleh nak bayangkan lagi, meh kita tengok
proses penghasilan batik pulak. Kat sini nanti baru boleh nampak
'clear' sikit apa yg extra arts dok potpetpotpet kat atas tu.
PROSES PENGHASILAN BATIK CANTING
Masa team extra arts kat kilang Batik Merbok, disebabkan kekangan masa, Cik Wan hanya sempat menunjukkan salah satu teknik pemprosesan batik yang digunakan iaitu teknik mencanting je. Sebelum mengunakan teknik mencanting, bahan yang perlu ada ialah lilin digunakan untuk melukis selepas dicairkan, alat mencanting digunakan untuk melakar corak dengan lilin yang cair serta kain putih (mengikut jenis kain) digunakan dan dimuatkan ke atas pemidang berkaki mengikut saiz tertentu.
Gambar
ilustrasi : yang segi empat berkaki tu adalah pemidang berkaki, bekas
di atas pemanggang tu pulak adalah dapur cairkan lilin sementara di
bahagian bawah gambar adalah alat-alat mencanting.
Dah
tengok bahan-bahan yang diperlukan, kita proceed ke cara-cara membuat
batik canting. Bawah ni adalah cara-cara untuk membuat batik canting :
1. Kain dimuatkan ke atas pemidang berkaki.
Pada peringkat pertama, jenis kain sama ada sutera,
kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester) dimuatkan ke atas pemidang
berkaki dengan seketat yang mungkin. Jika kain di atas pemidang rengang, ia
boleh menyebabkan sukar untuk mencanting dengan baik.
Pekerja kilang Batik Merbok tengah muatkan kain di atas pemidang berkaki.
Ini
adalah permukaan pemidang berkaki yang berpaku. Penghujung kain cucuk
kat paku ni la supaya kain x jatuh. Team extra arts pun baru tahu patut
lah kalau beli kain kat kedai time nak buat baju raya ke selalu perasan
hujung dia ada lubang-lubang. Ni la puncanya. Hehehe.
2. Rekabentuk
corak dilakar di atas kain.
Setelah
selesai ketatkan kain, mereka akan melakarkan corak di atas kain tersebut dengan
menggunakan pensil sebelum mencanting. Motif
corak boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal,
organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain.
Pekerja sedang membuat ukuran untuk melakarkan corak di atas kain.
3. Cairkan lilin di atas dapur.
Seterusnya,
pekerja kilang Batik Merbok menggunakan dapur kecil untuk mencairkan
lilin. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu
panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan
garisan yang tidak konsisten. Mereka terpaksa menuangkan semula lilin
cair ke
dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk
lilin lain
bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.
Setelah
itu, teknik mencanting akan dilakukan dengan penuh teliti dan
berhati-hati agar
tidak berlaku kesilapan.
Dapur yang digunakan untuk cairkan lilin.
Bentuk asal ketulan lilin yang masih belum dicairkan.
4. Mencanting batik.
Selepas
lilin dicairkan, bermulalah proses mencanting batik iaitu mereka akan
melukis atau mencanting cairan lilin ke atas kain tersebut.
5. Mematikan warna.
Sodium
silicate digunakan sebagai bahannya.
Kain yang telah siap dicanting akan direndam dalam sodium silicate untuk
mematikan warna di atas kain tersebut. Proses ini dilakukan untuk
memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh
seterusnya.
6. Proses merendam dan merebus kain.
Setelah siap mematikan warna, kain tersebut akan
direndam selama empat jam dan seterusnya akan dibasuh dan direbus. Tujuannya
adalah untuk menghilangkan lapisan lilin yang terdapat pada kain tersebut
sehingga corak yang dihasilkan jelas terpapar pada kain tersebut.
Ini adalah bengkel untuk proses merendam dan merebus kain.
Cik Wan menunjukkan tong yang digunakan untuk merendam kain kepada team extra arts.
Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan
lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi
dan dibilas. Namun, lebih bagus jika kain batik ini dijemur di tempat teduh
agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya. Setelah siap dijemur,
terhasillah batik canting dan boleh disimpan untuk dijual kepada pelanggan.
Begitulah proses pembuatan batik canting yang dihasilkan. Sememangnya tidak
dinafikan lagi proses penghasilannya sangat rumit namun tidak mustahil jika
kita memilih untuk bersabar dalam setiap apa kita hasilkan ye dok?
Ini pulak bancuhan pewarna untuk mewarnakan kain yang telah dicanting.
Remazol Dye adalah serbuk pewarna yang akan dibancuh untuk mewarnakan kain.
Alright
! Selesai sudah proses-proses untuk menghasilkan batik canting. Mudah
tak? Ke susah? Haaaa tak mudah sebenarnya yee. Kita ni tahu pakai je
kan. Sekarang dah tahu cara-cara nak buat batik canting ni, boleh la
mula menghargai industri batik yang ada kat Malaysia ni.. Itu la
pentingnya untuk kita support Industri Kecil Sederhana (IKS) Batik
Merbok ni supaya tak lekang dek zaman..
Dah ada produk iaitu batik ni, bagaimana pulak marketingnya ya? Jom kita intai-intai pulak pasaran Batik Merbok ni di Malaysia..
PASARAN BATIK MERBOK DI MALAYSIA
Batik sebenarnya banyak digunakan di negara Indonesia, namun dengan adanya ilmu serta kreativiti dan inovatif dalam diri, batik telah digabungkan dengan fesyen iaitu dengan menghasilkan textile. Daripada tekstile, boleh wujudkan pelbagai fesyen seperti dress, baju blouse, shawl, seluar, baju kurung dan sebagainya. Kilang Batik Merbok yang membuat penghasilan batik yang berkualiti dengan menggunakan tekstile batik untuk dijual ni menyediakan pelbagai jenis batik termasuklah pakaian siap seperti jubah batik, baju batik , baju kurung batik, kain batik dan juga kain pasang yang berharga antara RM70.00 sehingga RM530.00. Harga yang ditawarkan oleh Batik Merbok amat berpatutan dengan kualiti yang dihasilkan tau.
Antara gambar penghasilan produk Batik Merbok. Lawa-lawa sangat !
Selain
itu, yang menariknya Batik Merbok juga menghasilkan pelbagai jenis
produk lain selain baju iaitu seperti bag, wallet, shawl atau selendang,
brooch atau kerongsang batik sampai la ke beg duit syiling kecik-kecik
comel tu pun ada. Juling mata team extra arts tengok !
Beg batik pun ada.
Beg-beg yang dihasilkan dalam pelbagai saiz dan corak.
Bantal-bantal bercorak batik ni pun menarik sangat extra arts tengok ! Nampak rare dan eksklusif gitu.
Alhamdulillah
itu la sedikit sebanyak informasi dan pengetahuan yang extra arts dapat
kongsi hasil daripada lawatan kami ke kilang Batik Merbok di Jitra
nun.. Extra arts berharap sangat dengan entri pertama kami ni, extra arts dapat membantu masyarakat agar lebih mudah memahami
keadaan sebenar dalam penghasilan batik serta menambah ilmu
dan pengetahuan semua terutamanya berkaitan Batik Merbok.
Last but not least, kita share sikit gambar kenangan extra arts semasa di kilang Batik Merbok yeee.
KENANGAN MANIS KAU DAN AKU.. HEHE
Team extra arts tengah jeling-jeling buku yang diterbitkan khas tentang Batik Merbok.
Ha yang team extra arts pegang tu adalah contoh batik cop.
Ni pulak dalam galeri di kilang Batik Merbok. Tengok-tengok baju batik sikit !
Lagi contoh batik cop.
Lastly tadaaaa gambar kami berempat di hadapan galeri Batik Merbok.
Terima kasih kerana sudi membaca !